Saturday, March 9, 2019

PINJAMKAN WANG, PERSAHABATAN MELAYANG

PINJAMKAN WANG, PERSAHABATAN MELAYANG

Pernahkah kamu berhadapan dengan satu masalah, wang atau sahabat? Apa yang akan kamu lakukan jika ada sahabat yang ingin memerlukan bantuan dalam bentuk wang? Sahabat kamu akan memujuk dengan mengatakan kamulah sahabat satu-satunya yang dapat diharapkan. Pasti kamu akan berada dalam dilema.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Ada pendapat yang mengatakan bahawa jangan sesekali mencampur adukkan antara wang dengan nilai prsahabatan. Seandainya kamu sayang akan nilai persahabatan yang tulus, hindarilah perbuatan meminjamkan wang walau kepada sesiapa pun.

Menolak permintaan ini hanya mudah kita ucapkan sahaja tetapi akan menimbulkan rasa bersalah dalam hati kita sendiri. Mudah diucapkan tidak tetapi sukar mengotakannya. Seandainya pula kamu mengiyakan permintaan itu, perasaan menyesal akan menghantui hidup kamu. Adalah susah untuk kamu berpaling muka daripada sahabat yang memerlukan bantuan begitu sahaja.

Untuk menghindarkan kamu daripada dihantui rasa bersalah dan rasa menyesal ini, diberikan beberapa cara untuk kamu membantu mereka tanpa perlu melakukan urusan memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman wang. Sebelum itu, cuba kamu fikirkan semasak-masaknya terhadap perkara-perkara berikut:

1. Kemana tujuan pinjaman itu.

Terdapat satu pepatah lama “ Jika kamu memberikan seekor ikan kepada orang yang memerlukan, hanya sekali sahaja dia dapat makan, tetapi pula, jika kamu berikan ilmu memancing, orang itu dapat makan ikan seumur hidupnya”. Bila kamu memberikan pinjaman wang kepada sahabatmu, itu bukanlah bantuan yang sebenar-benarnya. Kecualilah dia meminjam dalam waktu yang sangat mendesak seperti kemalangan atau kematian.

Jika sahabatmu meminjam dengan alasan yang tidak munasabah, fikirkanlah. Mungkin wang itu digunakan untuk berjudi, membeli barang yang terlarang atau mungkin hanya untuk bersuka-suka. Walaupun kamu telah mengenali sahabatmu bertahun-tahun, tetapi kamu tidak bersama mereka dalam tempoh seharian. Mustahil untuk kamu tahu setiap pergerakan mereka.

Tujuan mereka meminjam juga kamu tidak akan tahu cerita sebenar-benanya. Kamu sebenarnya dapat membantu sahabatmu dengan bersikap tegas dalam menolak setiap pujukan untuk memberikan mereka meminjam wang. Sahabat kamu tentu akan dapat mencari jalan penyelesaian lain. Kamu mungkin dipinggirkan dalam waktu yang sekejap berbanding putus persahabatan selama-lamanya jika sahabat kamu memungkiri janji untuk membayar semula pinjaman tersebut.

Jika perlu juga untuk memberikan pinjaman dan jumlahnya melebihi batas pertolongan contohnya pinjaman itu melebihi RM300, kamu boleh memegang sesuatu barang sahabatmu sebagai cagaran seperti telefon bimbit, computer riba atau sesuatu yang bukan menjadi keperluan hariannya dan barang itu senilai dengan jumlah wang yang dipinjam.

2. Kesukaran meminta semula pinjaman.

Perkara yang sering berlaku setelah kamu meminjamkan wang kepada sahabat ialah susah untuk mendapatkannya semula. Seandainya masa yang dijanjikan telah tiba, kita sendiri akan berasa malu untuk meminta. Dengan harapan sahabat itu akan sedar sendiri janjinya. Waktu itu, jika berbual biasa pun, kita akan sentiasa berjaga-jaga denga nisi perbualan supaya tidak tersebut perkara-perkara berkaitan hutang atau wang, kerana khuatir sahabat kita akan berasa hati.

Si peminjam pula dengan tenang terus melalui kehidupan tanpa ada rasa untuk membayar semula lebih-lebih lagi jika jumlah yang dipinjam hanya sedikit. Mereka mudah lupa, hutang tetap hutang walau berapa pun nilainya. Ada juga sahabat yang benar-benar didalam masalah besar, dan kita akan berasa adalah tidak patut untuk meminta mereka menunaikan janji pembayaran.

Seandainya kamu cuba mengingatkan mereka berkaitan hal pinjaman itu, kemungkinan besar akan melenyapkan terus persahabatan. Langkah terbaik ialah adakan perbincangan hati ke hati. Berbincang dengan perasaan sabar dan berikan sahabat kamu masa untuk melunaskan pinjaman.

3. Bersedialah untuk kehilangan.

Jika kamu meminjamkan wang kepada sahabat, kamu hendaklah bersedia menghadapi kemungkinan kehilangan. Kamu akan hilang sahabat dan sudah tentu kamu hilang wang. Sahabat yang benar-benar kamu kenal juga berpotensi untuk memungkiri janji seandainya kamu bersikap acuh tak acuh dalam urusan memberikan pinjaman wang. Hendak diminta semula, sahabat kecil hati, dibiarkan, wang akan hilang. Boleh juga terjadi, pinjam kali pertama, ada pulang semula. Dan sahabat ini tadi akan terus menjadikan kamu dahan berpaut.

Lama-kelamaan risiko mungkir janji ini akan berlaku. Langkah patut diambil ialah sebelum kamu setuju beri pinjam kepada sahabatmu itu, ceritakan sedikit pengalaman lalu yang kamu tahu berkaitan ada orang yang sangat liat untuk membayar semula wang yang dipinjam. Kamu boleh tegaskan kepada dia, kamu berharap perkara begitu tidak akan berlaku kepada kamu seandainya kamu berikan dia pinjaman itu. Tegaskan juga, kamu tidak mahu persahabatan kamu dengan dia sangat bererti dan kamu tidak mahu ianya musnah jika terjadi hal mungkir janji itu.

4. Kamu bukanlah membantu.

Waktu kamu mengambil keputusan untuk memberikan sahabat kamu pinjaman wang, sebenarnya kamu bukan membantu dia. Kamu hanya memberi mereka jalan keluar yang mudah dalam mengatasi masalah, bukannya membantu mereka mengatasi masalah itu dalam ertikata sebenar-benarnya.

Contohnya kamu memberikan sahabat kamu itu pinjaman untuk membayar hutang pada penghutang yang lain, kamu akan membuatkan mereka tidak lagi mahu berusaha dan berfikir panjang. Seharusnya kamu bantu mereka mengatur perjalanan kewangan dengan sihat. Beri mereka sedikit ilmu dalam menabung yang mudah. Mulakan tabung mengikut kemampuan mereka dan dilakukan secara konsisten. Dengan ilmu ini sahabat kamu akan lebih berjimat dan berhati-hati dengan pengurusan kewangan mereka.

5. Kemana akhirnya persahabatan itu.


Jika kamu memiliki nilai persahabatan yang sangat erat, janganlah kamu musnahkannya hanya kerana wang. Kamu mempercayai sahabat kamu akan membayar semula wang yang dipinjamkan. Jika betul dibayar dalam tempoh yang dijanjikan, bersyukurlah. Persahabatn kamu akan tetap kekal. Tetapi seandainya sahabat kamu mula liat membayar tambahan pula beribu alasan diberikan, persahabatan itu akan berakhir.

Contohnya pinjam wang dengan janji bayar semula dalam tempoh sebulan, kamu pula kebetulan memerlukan wang itu atas urusan kamu, bila diminta dan diminta, sahabat kamu mula berasa hati, akan wujud pula pertengkaran dan melarikan diri. Banyak berlaku kes kecederaan fizikal tidak terkecuali juga kes pembunuhan hanya kerana hal hutang pinjam meminjam ini. Sahabat akan menjadi musuh.

Bukan hanya melibatkan kamu dan sahabatmu, malahan akan melibatkan juga kaum keluarga kamu yang lain. Langkah yang boleh kamu ambil untuk menjauhkan perkara yang lebih buruk daripada terjadi, kamu boleh adakan dokumen perjanjian tambahan pula jika pinjaman itu dalam nilai yang tinggi. Dokumen itu ada saksinya. Ini dapat kamu jadikan bukti jika pihak meminjam mula mungkir janji.

Kesimpulan

Kamu tentu berusaha untuk menjadi sahabat yang baik kepada semua. Ingatlah, meminjamkan wang bukanlah lambang sahabat sejati terutamanya jika kamu hidup sekadarnya. Kamu sendiri mempunyai masalah-masalah hidup yang lain jadi mengapa perlu kamu menambah lagi masalah yang sedia ada. Berfikir dengan matang sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya yang berkaitan dengan pinjam wang. Wang boleh mengeratkan persahabatan tetapi wang juga boleh memutuskan sebuah nilai persahabatan.






.