Friday, March 8, 2019

Pinjaman Peribadi


Mengenai Pinjaman Peribadi

Pinjaman Peribadi.. adakah langkah penyelesaian masalah kewangan atau sekadar masuk ke dalam jerat kehidupan.

Amalan mengambil pinjaman peribadi ini sebenarnya tidak lebih daripada berhutang yang bunyinya lebih halus. Amalan yang lebih sesuai diibaratkan sebagai Gali Lubang Tutup Lubang. Adakah hanya melibatkan masyarakat Melayu sahaja atau melibatkan semua? Sebenarnya melibatkan semua kaum di Malaysia ini. Dengan lambakan tawaran iklan berkaitan pinjaman dan dikaburkan pula dengan perkataan pembiayaan, yang begitu mulus dan menarik, membuatkan para pencari jalan penyelesaian masalah kewangan dengan mudah tertarik.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan


Pembiayaan sehingga RM50,000, blacklist dan Ctos layak memohon, bayaran yang fleksibel, faedah yang rendah dan tanpa penjamin. 

Ia juga menawarkan syarat yang manis seperti mudah diluluskan dalam masa 30 minit, urusan yang cepat dan selamat serta pelbagai kata-kata pancingan. Kata-kata indah dan manis risalah bertujuan untuk mengumpan pelbagai lapisan masyarakat untuk memohon pinjaman peribadi.

Risalah-risalah tersebut dengan mudah kita dapati melalui tampalan di serata tempat, diselitkan pada kenderaan di tempat parkir awam, dalam selitan akhbar malahan diedarkan secara terus kepada yang lalu lalang.

Sasaran utama penawar pinjaman peribadi ini ialah kakitangan kerajaan dengan alasan yang mudah iaitu potong gaji dan yang paling disukai, auto-debit dari akaun bank. Pesara juga mudah gelap mata dengan tawaran sedemikian tambahan pula tempoh untuk pemotongan semula pinjaman maksimum lima tahun sahaja. Sekejap sahaja, kan? Pejam celik, sudah pun selesai.

Bagi mereka yang terdesak, tawaran pinjaman peribadi ini dianggap sebagai penyelamat tanpa memikirkan masalah dan bebanan yang akan ditanggung dikemudian hari. Masalah hutang ini, jika gagal diuruskan secara bijak bakal menjadi pemusnah hidup berpanjangan.

Lantaran pemohon mudah untuk mendapatkan pinjaman dengan syarat-syarat mudah yang ditawarkan, maka masalah berhutang ini sukar dibendung.

Daripada pemerhatian dan tinjauan, kebanyakan amalan berhutang ini menjadi satu kebiasaan dan kebanyakan peminjam yang ditanya tidak sedikitpun berasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan. Ada juga peminjam yang meminjam secara berterusan, habis pinjaman pertama terus sambung pinjaman kedua, ketiga dan seterusnya. Pinjaman yang diambil dalam jumlah yang kecil, dua hingga tiga ribu dan tempoh bayaran satu hingga dua tahun sahaja.

Kebanyakan yang membuat pinjaman peribadi ini hanya merasa sangat yakin dan mampu untuk membayar semula pinjaman. Pada mereka, tidak terasa pun membayar dua, tiga ratus sebulan. Masih banyak lagi baki wang gaji. Terfikirkah mereka impak jangka panjang?

Tidak. Yang penting peminjam dapat bercuti, membeli barang yang bukan keperluan utama, membayar hutang kecil yang lain. Ya..peminjam-peminjam kecil-kecilan ini kebanyakannya meminjam untuk sesuatu yang bukan kepentingan utama.

Ramai peminjam merasakan mereka mampu untuk membayar semula lau berterusan meminjam. Sepatutnya mereka fikir, jika pinjam jumlah A, berapa bayaran akhirnya. Pinjam RM3 ribu, bayaran sebulan RM380. Setelah tamat tempoh dua tahun, jumlah keseluruhan bayaran adalah RM9,120. Itu belum lagi pemberi pinjaman menolak beberapa jumlah diawal pinjaman atas urusan wang proses. Kebanyakan pemberi pinjaman akan membuat tolakan dari jumlah pinjaman 10% atau lebih dan baki bersih yang peminjam peroleh hanyalah RM2,700 atau kurang lagi.

Jika para pemohon berfikir dahulu dan membuat kiraan secara kasar, pasti mereka dapat menimbangkan dengan lebih teliti sebelum membuat pinjaman peribadi ini. Kiraan sebegini kebanyakannya melibatkan pemberi pinjaman berlesen.

Kebanyakan yang mengambil pinjaman peribadi begini terdesak dalam keperluan hidup. Para peniaga kecil-kecilan selalunya mangsa yang sangat mudah terperangkap. Pemberi pinjaman akan mula mendekati, menabur pelbagai tawaran manis yang kelihatan sangat membantu. Kebanyak mangsa membuat pinjaman dalam jumlah yang kecil, contohnya RM1,000. Bayaran dalam bentuk bayaran harian. Sehari RM15.00. Peniaga merasakan sangat mampu, apalah sangat RM15 kan. Maka mereka pun mula terperangkap dalam jerat ini. Sehari RM15, (tanpa kecuali ya). Dan tempoh bayaran ialah 100 hari. Genap 100 hari, jumlah keseluruhan akan menjad RM1,500. Pinjaman diberi bukan dapat di tangan RM1,000, ada pula tolaknya. Tidakkah peminjam terfikr hingga begitu? Tidak. Mereka sangat terdesak.

Jika peminjam sudah mulai perit untuk membuat bayaran harian itu dan terjebak pula dengan masalah yang lain, maka pemberi pinjaman akan mula membuka lubang jerat yang semakin besar dan dalam. Ditawarkan pula pinjaman lain dengan kata ‘overlapping”. Pinjaman baharu, tutup pinjaman lama, dan jumlah pinjaman semakin besar dan tentunya bayaran juga semakin besar. Sampai bilakah ianya akan berakhir? Sering terjadi ialah, peminjam mengalami kemurungan, pergaduhan keluarga, dan yang paling tragis, pembunuhan.

Orang yang berhutang begini selalunya tidak akan dapat hidup dengan tenteram. Jika mereka dapat melunaskan bayaran pinjaman pertama, potensi untuk mereka membuat pula pinjaman baharu sangat besar. Masyarakat lain juga boleh memainkan peranan dalam membendung gejala pinjaman peribadi begini. Tanamkan kesedaran dalam keluarga, masyarakat setempat dan masyarakat luar tentang betapa bahayanya pinjaman peribadi ini terutamanya yang melibatkan pinjaman wang berlesen atau lebih dikenali sebagai Ah Long. Tanamkan kesedaran bahawa kita harus membuat keputusan yang bijak sama ada hendak menjadi mangsa hutang dan bakal menerima padahnya, atau menjadi pengurus hutang dan kehidupan yang baik.