Friday, March 8, 2019

MENGENAL PASTI PENIPUAN TAWARAN PINJAMAN PERIBADI



MENGENAL PASTI PENIPUAN TAWARAN PINJAMAN PERIBADI

Penipuan Tawaran Pinjaman
Pinjaman peribadi menjadi satu dahan untuk mendapatkan sumber kewangan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sehingga kini, kebanyakan rakyat Malaysia mengambil pinjaman peribadi dan ramai yang bijak memanfaatkannya. Jika digunakan dengan bijak, pinjaman peribadi memberikan langkah penyelesaian kepada masalah-masalah setiap peminjam, seperti membaiki rumah, modal untuk perniagaan, penambahan pelaburan dan juga menutup hutang-hutang kecil sebelum ini.


Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan


1. Pinjam RM5,000 dapat RM5,000

Bakal pemohon boleh mengesan sama ada tawaran pinjaman tersebut satu penipuan atau tidak, melalui iklan tawaran pinjaman tanpa faedah kepada pihak pemberi pinjaman, tiada bayaran proses dan tiada yuran tersembunyi. (hidden cost). Contohnya adalah seperti tawaran ‘pinjam RM5,000, dapat bersih RM5,000’. Ini bermakna, pihak pemberi pinjaman menawarkan pinjaman tanpa kadar faedah atau keuntungan dan tiada yuran pendahuluan. Kita semua tahu, setiap syarikat pemberi pinjaman adalah satu perniagaan. Tiada satu pun pihak yang berniaga menolak keuntungan dari setiap perniagaan. Adalah satu perkara yang sangat mustahil mana-mana syarikat memberi perkhidmatan dalam apa juga bentuk tanpa mengharapkan keuntungan. Terdapat juga pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman dengan memberikan kadar faedah yang sangat rendah dan jauh melebihi kadar faedah daripada pihak bank semasa.

2. Pengiklanan secara meluas di media social


  • Kadar Interest Tetap , Maksimun pinjaman 500K,
  • Perlindungan takaful insurans, Intransit MBSB layak mohon
  • Tidak mengambil kira komitmen luar. Tidak perlu penjamin dan cagaran
  • Overlap jika layak, Tanpa Blacklist, Tanpa Tahan kad ATM

Adalah mudah untuk anda mengenalpasti tawaran pinjaman peribadi tersebut adalah benar atau palsu. Iklan yang menjerat di media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat atau Twitter berkenaan tawaran pinjaman peribadi yang sangat menarik hati bakal pemohon pinjaman. Ini adalah langkah awal pemberi pinjaman dalam memasang jerat penipuan berkaitan pinjaman. Boleh dikatakan, 70% penduduk Malaysia mempunyai akaun dalam media sosial yang pelbagai. Disinilah pemberi pinjaman memulakan langkah mereka dan mereka sangat sedar, iklan sebegini mudah menarik minat bakal pemohon yang sememangnya tidak layak lagi untuk memohon pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan yang sah. Namun masih terdapat pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman peribadi kepada individu yang telah tidak layak memohon jika dikira secara kasarnya dan tawaran adalah secara “personal face to face”, bukan melalui iklan terbuka.

3. Akaun Palsu di Laman Sosial

Kita semua maklum, pengguna laman sosial akan mudah terjebak dengan tawaran manis dari individu berlainan jantina. Terdapat juga penawar pinjaman menggunakan kaedah-kaedah cerita palsu berkaitan kehebatan meminjam dengan pemberi pinjaman tertentu. Cerita -cerita yang sangat meyakinkan sebagai umpan. Mereka memaparkan cerita daripada individu-individu yang kononnya telah berjaya mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik, bebas dari bebanan hutang sekeliling pinggang malah berjaya menaaikkan taraf hidup dengan perniagaan yang semakin bagus. Bagaimana untuk memastikan akaun media sosial yang menawarkan pinjaman itu betul atau palsu? Lihat dan teliti gambar-gambar di laman mereka. Apa yang mereka sering paparkan. Jika mereka lebih menggunakan gambar wang kertas yang berkepuk-kepuk, gambar rumah mewah dan kereta mewah, awas. Itu pancingan dan umpan pertama menggunakan pancaindera penglihatan. Terdapat juga yang menggunakan gambar wanita yang cantik dan lelaki tampan sebagai mengaburi bakal pemohon.

Jika kita pernah mendaftar dalam mana-mana akaun permohonan online, masalah yang bakal kita hadapi akan berpanjangan. Kita mungkin pernah login, hanya untuk bertanya status kelayakan pada tawaran iklan syarikat “A”. setelah kita dihubungi ( seringnya hanya melalui aplikasi whatsapp) dan kita menolak tawaran yang diberikan.. Tetapi, tidak lama lagi, kita akan dihubungi pula oleh syarikat “B’, “C” dan bermacam-macam nama badan pemberi pinjaman yang akan menghubungi dan menawarkan tawaran pinjaman yang menarik dan sukar ditolak. Syarikat-syarikat tersebut selalunya dibawah satu badan peminjam yang sama.

Pemberi pinjaman sebegini selalunya hanya berurusan melalui talian alam maya dan tidak akan pernah berurusan secara berdepan dengan pemohon. Penipuan dan taktik licik lebih mudah berlaku kerana pemohon tidak mengenali pemberi pinjaman dan sebarang tindakan susulan sukar dilakukan kerana tiada bukti kukuh.

4. Bayaran Pendahuluan

Bagi pemohon yang sangat terdesak dan memerlukan duit dalam waktu terdekat, pemberi pinjaman amat mudah mengenakan mereka. Setelah pemohon menghubungi mereka melalui iklan-iklan dan tawaran, pemberi pinjaman sangat pakar dalam mengenal keperluan pemohon. Mereka akan memberi tempoh dua atau tiga hari sebelum menghubungi pemohon. Apabila dihubungi, mereka memberikan berita gembira, mengatakan bahawa kelayakan pemohon adalah dalam jumlah yang boleh membuatkan pemohon gelap mata. Tambahan pula jika pemohon sedar, dia tidak akan dapat membuat pinjaman dengan jumlah itu atas faktor kelayakan. Pemberi pinjaman memberikan tempoh kepada pemohon untuk terus berangan-angan. Dalam tempoh masa yang singkat, pemohon akan dihubungi lagi, kali ini dengan berita yang agak mendukacitakan. Permohonan pinjaman ada masalah dalam proses memasukkan wang pinjaman ke akaun pemohon. Untuk memastikan wang pinjaman segera diuruskan, pemohon dikehendaki untuk membayar sedikit wang pendahuluan. Pemohon dijanjikan dengan jumlah pinjaman RM20,000. Dan pemohon hanya perlu bayar wang pendahuluan RM1,000. Maka pemohon akan berusaha untuk membayar. Mereka dijanjikan akan menerima wang pinjaman dalam tempoh satu atau dua jam selepas wang pendahuluan diterima. Akhirnya, nombor telefon pemberi pinjaman itu tidak lagi dapat dihubungi.

5. Tandatangan Borang Perjanjian

Ada syarikat pemberi pinjaman yang perlu kita hubungi bukan melalui talian. Kebanyakan syarikat-syarikat sebegini menggunakan nama syarikat yang kelihatan jujur dan ikhlas. Tawaran juga agak menarik dan munasabah. Syarikat begini mempunyai dan mahukan pemohon mengisi maklumat peribadi dalam borang-borang perjanjian. Salinan dokumen peribadi juga mesti dilampirkan .. Seandainya pemohon tidak diberikan peluang untuk meneliti dahulu dokumen perjanjian, pemohon perlu curiga akan kesahihan dokumen tersebut. Pemohon berpotensi untuk ditipu dengan corak perjanjian yang akan merugikan pemohon. Pemohon perlu tahu dan memastikan berkaitan kadar faedah yang dikenakan keatas pinjaman kerana pemohon berpotensi ditipu dan terpaksa membayar sehingga berpuluh kali ganda daripada jumlah pinjaman.

PENUTUP

Akhirkata, orang ramai adalah diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap mana-mana pihak yang mendakwa bahawa mereka diberikan lesen yang sah dalam menjalankan urusan pinjaman. Sila rujuk senarai institusi pinjaman dan perbankan yang sah di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia sebelum menjalankan apa-apa urusan pinjaman. Bukan semua pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah sah disisi undang-undang, terutamanya jika pinjaman itu bukan pinjaman peribadi dari pihak bank. Nasihat dan peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pinjaman peribadi sentiasa ditekankan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).