PANDUAN MEMBELI RUMAH KALI PERTAMA
Semua orang ingin memiliki kediaman mereka sendiri. Rumah yang menjadi idaman, yang tidak perlu disewa dan yang selesa. Bagi yang berkemampuan, itu bukan masalah. Tetapi bagi yang mampu memiliki rumah melalui pembelian melalui pinjaman, tentu ada beberapa perasaan risau sewaktu urusan proses dokumentasi dalam perjanjian pembelian. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda rujuk sebelum membuat urusan pembelian rumah:
DEPOSIT
1. Menabung sedari awal untuk wang muka (deposit)
Salah satu cara supaya anda mampu membayar wang pendahuluan rumah ialah dengan menabung atau membuat simpanan. Perkara ini dilakukan dengan tujuan, anda dapat membuat bayaran pendahuluan tanpa perlu membuat pinjaman tunai. Simpan sebahagian gaji anda dengan disiplin.Anda juga boleh menyimpan setiap bonus atau insentif yang diberikan oleh majikan anda. Dalam urusan pembelian rumah, anda bukan hanya perlu membayar wang pendahuluan tetapi juga anda harus membayar beberapa urusan yuran guaman perjanjian dan ini memerlukan jumlah yang bukan sedikit.
2. Kaji dengan teliti.
Anda buatlah sedikit home work dalam mencari bank atau institusi yang menawarkan kadar faedah yang lebih memberikan anda keselesaan dan kemampuan dalam melunaskannya. Kaji berapakah simpanan yang anda miliki dan sesuaikan dengan kadar bayaran pemulaan yang ditawarkan. Namun teliti juga dengan mendalam kerana semakin kecil bayaran permulaan, bayaran bulanan akan menjadi lebih besar dan begitu juga tempoh bayaran akan menjadi lebih panjang dengan kadar faedah yang tertentu.Jika anda membayar wang pendahuluan yang besar, anda akan dapat menjimatkan tempoh bayaran bulanan kepada lebih pendek. Pastikan semua kemudahan ini adalah berdasarkan kemampuan anda. Anda juga boleh membeli rumah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan sesuai dengan kemampuan pendapatan kita seperti perumahan prima atau rumah rakyat dimana bayaran bulanan adalah sesuai dengan pendapatan kita. Ini hanya tawaran kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Rumah subsidi begini seandainya ada tawaran, segeralah anda ambil. Sentiasa peka dengan tawaran begini. Rumah begini bayaran awal sangat mampu anda selesaikan dan ada juga bayaran hanya bagi urusan perjanjian sahaja.
BAYARAN BULANAN
1. Pastikan pembiayaan rumah
Dalam keinginan untuk membeli rumah anda itu anda hendaklah bijak dalam menentukan semua pembiayaan yang akan anda keluarkan. Jangan terbeban dengan pembayaran yang tidak mampu anda tanggung. Perlu pastikan dengan teliti harga rumah bermula dengan wang permulaan, pembiayaan bulanan, pembiayaan urusan dokumentasi, pembiayaan guaman dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan menentukan sama ada anda berjaya memiliki rumah tanpa tambahan bebanan yang tidak terjangkau.2. Kemampuan anda
Anda hendaklah memastikan bahawa jumlah pinjaman perumahan anda tidak melebihi batas kemampuan anda. Seandainya anda mempunyai sejarah pembayaran pinjaman yang buruk dalam apa-apa juga urusan pembiayaan pinjaman, semakin besar jumlah tanggungan bayaran hutang, semakin kecil potensi anda untuk berjaya dalam permohonan pinjaman perumahan anda akan diluluskan. Pemaju perumahan juga akan memandang berat atas masalah ini.
Akhir kata, semua manusia inginkan segala kemudahan dalam hidup. Penginapan yang selesa menjamin keharmonian keluarga. Tidak semua mampu membeli rumah dalam masa yang cepat. Namun seandainya anda sudah nekad dan mampu untuk membeli rumah, anda boleh mengkut sedikit sebanyak maklumat yang diberikan. Untuk menjadikan rumah anda syurga anda, jangan terbeban dengan masalah pembayaran, Ukurlah kemampuan anda. Jangan ikut dan jangan dibutakan dengan nafsu. Semoga berjaya.
3. Buat banding beza
Antara cara anda boleh membeli rumah impian anda dengan harga sesuai dengan pendapatan anda ialah membuat semakan daripada banyak pemaju perumahan, anda juga hendaklah mencari pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman yang sesuai dengan pendapatan anda. Carilah lebih daripada satu tempat yang memberikan pinjaman dan buat banding beza yang bijak.4. Surat perjanjian.
Setelah anda berjaya mendapatkan peminjam yang boleh memberikan pinjaman yang sesuai dengan harga rumah, anda juga telah menjumpai pemberi pinjaman yang sesuai, paling penting untuk anda mendapatkan satu salinan surat perjanjian. Anda juga hendaklah mendapat penerangan yang jelas dan tidak mempunyai agenda tersembunyi oleh pemberi pinjaman. Pihak pemberi pinjaman juga hendaklah memastikan anda layak dan lulus dalam permohonan pinjaman perumahan tanpa membuatkan anda meneruskan pinjaman sehingga membebankan anda dikemudian hari.PANDUAN BERGUNA UNTUK ANDA
1. Kunjungi agen perumahan yang dipercayai.
Dalam usaha menentukan wakil pengusaha perumahan yang mempunyai kredibiliti yang baik, anda boleh selidik daripada orang-orang yang pernah berurusan dengan mereka. Semak juga adakah rumah yang ingin dibeli mempunyai kualiti yang terbaik standing dengan pengeluaran harga yang anda bayar.2. Ukuran, jenis dan persekitaran rumah.
Tentukan ukuran rumah akan memberikan keselesaan jangka panjang kepada anda dan keluarga. Jangan terpengaruh dengan harga sehingga anda terjebak dalam penyelesaian. Mungkin harganya murah tetapi kualiti rumah kurang sempurna, persekitaran yang marabahaya, mudah mengalami bencana alam atau rumah yang pernah mengalami kerosakan yang teruk. Pertimbangkan beberapa hal seperti berikut:- Rumah selamat bencana alam.
- Rumah selamat daripada jenayah
- Rumah berhampiran dengan fasiliti ekonomi.
- Jalan raya yang baik
- Ruangan dalam rumah yang selesa untuk seisi keluarga.
3. Harga sesuai pendapatan
Perkara penting dalam usaha membeli rumah idaman, pastikan harga rumah sesuai dengan pendapatan anda. Jangan pula setelah pembayaran rumah bermula, anda harus ikat perut dan menjejaskan kesihatan keluarga.4. Keadaan rumah.
Setelah mendapat rumah yang menepati ciri-ciri sebelum ini, pastikan pula rumah itu memang layak untuk dihuni. Pastikan utility tersedia dengan baik. Elektrik, air, sistem pembetungan dan perparitan yang baik. Ini untuk memastikan keselesaan anda akan terjamin.PERKARA TAMBAHAN PATUT ANDA BERSEDI
Ada banyak perkara yang perlu anda fikirkan dan seboleh-bolehnya anda bersedia waktu pertama kali membeli rumah:i) Bayaran tak terduga
Selain daripada memikirkan bayaran pendahuluan dan ansuran bulanan, fikirkan juga beberapa perkara yang mungkin terjadi tanpa kita duga. Mungkin juga kita terpaksa membayar wang urusan kepada agen perumahan dan pembayaran barang keperluan yang ingin kita tambah dalam ubah suai. Semua ini memerlukan belanja dan anda hendaklah mempunyai wang simpanan yang mencukupi.ii) Urusan pindah rumah.
Anda juga hendaklah mempunyai kira-kira dan simpanan persediaan semasa urusan pindah masuk ke rumah baharu. Waktu anda telah pun layak menduduki rumah baharu, mungkin anda akan memerlukan perabot dan alatan keperluan rumah tangga yang juga baru. Selain itu, anda akan turut mengeluarkan belanja untuk urusan sewa kenderaan pengangkutan daripada rumah lama ke rumah baharu.iii) Teragak-agak untuk membeli rumah.
Sekiranya anda mempunyai peluang dalam urusan membeli rumah, jangan sesekali menangguhkan niat anda. Harga dan nilai hartanah senantiasa meningkat. Dalam masa yang singkat pun akan ada perbezaan kenaikan nilai dan harga rumah.iv) Jangan malu menawar
Jika anda mendapat peluang membeli rumah yang dijual oleh rakan, bukan rumah baharu daripada pemaju taman perumahan yang baru, jangan malu untuk menawar harga rumah tersebut. Sedikit pun harga dapat ditawar, boleh digunakan untuk keperluan yang lain.Akhir kata, semua manusia inginkan segala kemudahan dalam hidup. Penginapan yang selesa menjamin keharmonian keluarga. Tidak semua mampu membeli rumah dalam masa yang cepat. Namun seandainya anda sudah nekad dan mampu untuk membeli rumah, anda boleh mengkut sedikit sebanyak maklumat yang diberikan. Untuk menjadikan rumah anda syurga anda, jangan terbeban dengan masalah pembayaran, Ukurlah kemampuan anda. Jangan ikut dan jangan dibutakan dengan nafsu. Semoga berjaya.