Wednesday, March 13, 2019

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PINJAMAN KOPERASI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PINJAMAN KOPERASI

Pinjaman peribadi koperasi


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dewasa ini, dimana kos sara hidup juga meningkat dan keperluan hidup semakin memuncak, ramai diantara kita ingin meningkatkan taraf hidup dengan berniaga. Tidak kira sama ada anda ingin memulakannya sepenuh masa atau hanya secara sambilan. Untuk memulakan perniagaan, anda akan memerlukan pinjaman kewangan untuk modal dan modal pusingan. Terdapat juga pelbagai jenis pinjaman koperasi yang ditawarkan untuk perniagaan kecil-kecilan dengan jumlah pinjaman yang kecil, jumlah bayaran penyelesaian bulanan yang mampu dan tempoh yang lebih cepat.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Seandainya jumlah yang diperlukan agak kecil, anda boleh meminjam daripada keluarga atau kawan-kawan. Tetapi jika sebaliknya dimana modal pusingan yang diperlukan agak besar, anda perlu memohon pinjaman daripada bank atau koperasi yang dapat menawarkan pinjaman. Usaha untuk meminjam kepada pihak bank selalunya dihalang oleh beberapa perkara. Meminjam daripada pihak bank memerlukan jaminan dan juga penjamin. Syarat-syarat yang dikenakan sebelum mengajukan permohonan juga ketat. Lalu kemanakah anda akan pergi?

Koperasi pinjaman boleh menjadi penyelesai masalah anda. Untuk memohon pinjaman daripada koperasi, syarat-syarat yang dikenakan tidaklah terlalu ketat seperti syarat bank. Anda hanya perlu menjadi ahli koperasi tersebut kemudian anda boleh memohon pinjaman setelah tempoh matang menjadi ahli koperasi dicapai. Pinjaman juga bergantung kepada kelayakan anda.

Tujuan koperasi ini diwujudkan adalah lebih kepada membantu ahli-ahli koperasi dimana ahli perlu membayar yuran bulanan dalam jumlah tertentu. Terdapat koperasi yang menawarkan pinjaman khas kepada usahawan-usahawan yang ingin mengembangkan lagi potensi perniagaan.

Antara syarat-syarat yang perlu anda penuhi sebelum memohon pinjaman ialah:
  • Menjadi ahli koperasi
  • Dokumen permohonan lengkap
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan penyata pendapatan
  • Dokumen penjamin
Setelah sedia kesemua dokumen dan syarat tersebut, anda perlu mengajukan permohonan dengan menyatakan tujuan permohonan. Jika kertas kerja anda sesuai dengan permohonan, atau setelah semua tujuan permohonan dikenal pasti benar, permohonan pinjaman anda akan diuruskan. Setelah itu barulah urusan akad dan perjanjian akan dimeterai.


Kelebihan Pinjaman Koperasi.

Dengan membuat permohonan pinjaman melalui koperasi, anda akan dapat melihat proses dokumentasi yang lebih mudah berbanding pinjaman bank. Urusan untuk anda dapat pinjaman juga agak cepat. Anda tidak perlu menunggu terlalu lama dalam mendapat pinjaman tunai tersebut. Inilah kelebihan pinjaman koperasi berbanding bank.

Ada pihak koperasi yang memberikan pinjaman tanpa memerlukan penjamin atau cagaran. Koperasi hanya memerlukan tandatangan saksi sahaja dan ia bukan sebagai penjamin kepada urusan pinjaman tersebut. Koperasi juga tidak meminta sebarang cagaran dalam permohonan pinjaman yang diajukan. Ini sudah tentu memudahkan urusan kepada sesetengah pemohon yang tidak mempunyai harta

Kadar faedah pinjaman dari koperasi juga lebih rendah berbanding bank. Fungsi utama koperasi ialah membantu ahli koperasi dan dengan kadar faedah yang rendah akan menjamin ahli-ahli yang meminjam tidak terbeban dengan kadar bunga faedah yang tinggi.

Pinjaman melalui koperasi selalunya tidak memerlukan jangkamasa pengurusan proses yang lama. Ini dapat dan sangat membantu pemohon yang betul-betul memerlukan modal permulaan atau modal pusingan dalam perniagaannya. Pemohon juga dengan segera akan mendapat tahu taraf kelulusan, jumlah pinjaman yang layak dan pemohon akan dimaklumkan gagal atau lulus permohonan. Dengan itu dapat membantu pemohon dalam bersedia untuk melakukan langkah lain dalam proses mendapatkan pinjaman yang diinginkan.


Kekurangan Pinjaman Koperasi

Setiap institusi pinjaman aka nada baik dan buruk, lebih dan kurangnya. Dalam hal ini, terdapat juga kekurangan dan keburukan dalam membuat pinjaman melalui koperasi. Seandainya koperasi itu baru diwujudkan, yang akan menjadi masalah ialah modal permulaan dan dana pinjaman yang dimiliki. Ini juga akan membataskan jumlah pinjaman yang boleh dipinjam oleh pemohon.

Ada koperasi yang memberikan jumlah pinjaman yang layak berdasarkan berapa lama pemohon menjadi ahli koperasi itu. Semakin lama menjadi ahli, kelayakan pemohon untuk meminjam dengan jumlah yang besar akan menjadi cerah tetapi jika ahli itu baru menjadi ahli koperasi, keanggotaannya juga menjadi salah satu sebab jumlah yang dipohon menjadi kecil.

Selain itu, daya saing koperasi akan jauh ketinggalan berbanding institusi perbankan. Tujuan utama koperasi dalam memastikan kesejahteraan ahlinya akan menjadi gagal jika ahlinya kurang peka dalam urusan bayaran yuran keahlian. Ini juga salah satu sebab dana pinjaman menjadi kurang untuk diagihkan. Jika yuran itu dibayar melalui skim potongan gaji ahli-ahli yang bekerja, ia bukanlah satu masalah tetapi masalah akan timbul jika yuran wajib itu harus dibayar secara tunai.

Kekurangan pekerja atau staff dalam pengurusan koperasi dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam mengurus organisasi koperasi juga adalah salah satu kelemahan koperasi. Koperasi tidak dapat meneruskan usaha dalam memajukan badan koperasi itu sendiri tanpa staff yang tahu dengan mendalam ilmu akauntasi dan pengurusan sumber manusia.


Kesimpulan

Koperasi yang boleh membantu pengusaha-pengusaha telah banyak diwujudkan dewasa ini. Anda hanya perlu selidik dan cari badan-badan koperasi yang menawarkan pinjaman khusus kepada peniaga kecil, pengusaha dan individu yang ingin memulakan perniagaan. Memulakan apa juga perniagaan memerlukan modal. Tanpa modal semua itu akan tinggal menjadi impian sahaja.

Pemohon boleh berusaha untuk mencari koperasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap kepada pemohon yang berminat. Selalunya pihak koperasi akan membuat urusan kelulusan pinjaman dengan pantas dalam usaha mencari lebih ramai lagi pemohon yang berminat. Memenuhi keperluan kewangan pemohon akan menjamin nama baik koperasi.