Thursday, March 14, 2019

KEBERGANTUNGAN KEPADA WANG !

KEBERGANTUNGAN KEPADA WANG

Kebergantungan kepada wang

Secara umum, wang dikenali sebagai alat tukaran kepada pembelian dan juga sebagai bayaran terhadap kerja yang telah dilaksanakan atau sebagai upah. Dahulunya wang berupa kulit kerang, bertukar kepada kepingan logam sehingga berubah kepada pelbagai jenis bentuk matawang selaras dengan perkembangan peradaban manusia. Sikap kebergantungan manusia kepada barang ini telah menjadikan wang sebagai satu benda yang sangat istimewa dalam kehidupan manusia. Wang diwaktu ini sangat sinonim dengan pelbagai jenis talian rangkain hidup, kekuasaan, pengaruh kehidupan, sehinggalah kepada kebahagiaan dan sebagai jaminan pada masa hadapan.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Benarkah wang boleh mengubah sifat-sifat asal manusia? Anda akan selalu mendengar dan melihat sendiri perlakuan yang seiring dengan kemungkinan itu bahawa manusia diubah sifatnya oleh wang. Masalah perlakuan rasuah, pecah amanah, keterlibatan dengan masalah kewangan dan menghalalkan pelbagai cara dalam mendapatkan wang semakin hari semakin meruncing.

Apabila berlakunya permasalahan ini, manusia akan mensabitkan wang sebagai penyebab utama tanpa mahu sedar bahawa ianya adalah kesalahan diri mereka sendiri. Kita lihat beberapa perkara yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah di atas:

Semakin banyak wang dimiliki, semakin kurang sifat kemanusiaan.


Terdapat kajian yang mengatakan bahawa, masyarakat kelas bawahan akan lebih mempunyai nilai-nilai moral dalam meneliti kesusahan dan masalah orang lain. Mereka lebih mudah bersimpati, lebih mudah bersikap saling memberi dan berkongsi dan mereka juga lebih berempati dalam menyelami masalah orang lain. Masyarakat kelas bawahan ini sangat peka dalam mengharungi pelbagai masalah dan ancaman ekonomi.

Mereka juga akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati sewaktu bergaul dengan orang lain. Masyarakat bawahan juga sentiasa mengujudkan satu komuniti yang utuh dan saling bantu membantu. Berbeza pula dengan orang-orang yang memiliki kekukuhan ekonomi. Mereka agak kedekut dalam nilai empati terhadap masalah orang lain. Bukan semua tetapi majoriti mereka ini suka memandang rendah kepada keperluan orang lain. Aku yang susah payah kumpul harta, kenapa pula aku harus berkongsi dengan orang lain. Inilah yang menjadi pegangan sesetengah orang berduit ini.

Semakin banyak wang dimiliki, semakin banyak perlakuan yang tidak seharusnya berlaku.

Kita lihat dalam masyarakat negara kita ini, orang yang mempunyai kewangan yang tinggi dan mewah, berkenderaan yang hebat dan mahal, memiliki kecenderungan yang lebih untuk tidak mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya apabila melibatkan lintasan pejalan kaki. Berbanding dengan pengemudi kenderaan biasa yang lebih prihatin.

Kebergantungan tinggi terhadap wang.


Apabila wang menjadi satu tujuan utama, dan matlamat hidup hanyalah kepada wang, ianya akan menjadi satu kesinambungan yang berterusan dan menyebabkan hidup hanya bergantung kepada wang. Diwaktu anda menjadi obsess dengan wang, pemikiran anda akan terkunci dengan kebahagiaan yang hanya diterajui oleh wang. Tetapi kesan buruknya ialah, tanpa wang, anda akan dilanda satu kemurungan maha dahsyat. Anda tidak lagi mampu berfikir secara rasional.

Sikap terlalu bergantung kepada wang ini lebih kurang sama dengan kebergantungan kepada alkohol atau dadah dimana tanpa wang anda akan berasa sangat jatuh. Wang telah memanipulasi objektif positif dalam hidup. Inilah penyebab kepada berlakunya satu fikiran dimana anda akan menghalalkan apa juga cara dalam memenuhi nafsu kebergantungan terhadap wang itu.

Membeli kebahagiaan dengan wang.


Ramai diantara kita yang memikirkan bahawa dalam mendefinasikan taraf kejayaan hidup adalah dengan memiliki wang dan harta yang melimpah. Sehingga lupa bahawa kebahagiaan hakiki adalah dengan memiliki cinta dan kasih sayang yang ikhlas. Berbahagiakah kita dalam hidup seandainya kita tidak dapat memiliki kasih sayang dan cinta yang berlandaskan keikhlasan.

Semakin kita mengejar wang, sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan, semakin jauhlah kita daripada kebahagiaan. Semakin kita obsess dengan jumlah kekayaan yang membukit, semakin kita tidak mampu hidup dalam kebahagiaan dan ketenangan hidup. Kita akan abaikan keluarga dan semua yang ada disekitar kita dalam mengejar wang.

Kesemua perkara yang berkaitan dengan wang ialah, wang sebenarnya hanyalah alat, bukannya tujuan utama. Wang memiliki satu sifat yang fleksibel. Apabila manusia meletakkan satu harapan tinggi kepada wang dengan menolak ketepi semua nilai moral dalam kemanusiaan, semua itu akan menjadikan kehidupan kita sia-sia.

Wang sebenarnya bukan sesuatu yang merosakkan. Wang itu tidaklah sesuatu yang jahat dan salah tetapi keinginan dan kebergantungan manusia terhadap wang itu yang menyebabkan berlakunya perlakuan yang salah. Memiliki wang yang banyak sememangnya menjadi idaman dan impian semua manusia tetapi bagaimana cara dan bagaimana kita memperlakukan wang itu dijalan yang sewajarnya yang menjadi titik tolak dalam kebahagiaan kita.

Manusia memang tidak akan pernah berasa puas. Dikatakan juga seandainya manusia itu mencintai wang, dia tidak akan pernah cukup dengan apa yang ada. Dengan adanya perasaan inilah yang mendorong ramai diantara kita meminjam dan terus melakukan pinjaman dalam usaha memuaskan nafsu. Bukan semua meminjam wang dan mencari wang untuk keperluan hidup tetapi semata-mata untuk memuaskan kehendak nafsu tanpa memikirkan apa akan terjadi di masa hadapan.

Bagaimana pula kita hendak mengelakkan daripada sifat bergantung kepada wang ini dalam perkara yang melibatkan hal pinjaman? Bijak dalam mengatur hidup. Itu menjadi kunci utama dalam meminjam. Walau sebesar mana pun wang yang layak kita pinjam, hidup kita akan menjadi porak peranda seandainya kita gagal dalam menguruskannya.
  • Jangan sesekali meminjam hanya untuk mengikut kehendak orang lain.
  • Jangan meminjam hanya keran pengaruh kawan-kawan.
  • Jangan meminjam hanya untuk melancung dan bersuka-suka.
  • Jangan meminjam hanya untuk menutup lubang sedia ada tanpa ada jalan penyelesaian.
  • Jangan meminjam kerana pengaruh iklan.
  • Dan yang paling utama, jangan meminjam jika hanya menjebakkan anda kejurang kehidupan yang bakal menyiksakan seumur hidup.

Berfikir dengan cermat, bijak dan matang. Tidak salah meminjam seandainya itu benar-benar dapat menyelesaikan masalah anda. Luangkan masa dengan bijak dalam mencari badan-badan dan institusi-institusi pinjaman yang jujur dalam urusan perniagaan mereka. Sikap kebergantungan terhadap wang hanya akan menjerumuskan anda ke lubang siksaan hidup yang tiada jalan penyelamatnya.