Friday, March 29, 2019

AWAS PERANGKAP HUTANG PINJAMAN

AWAS PERANGKAP HUTANG

Perangkap Hutang

Hutang merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Tidak dapat tidak, kita harus akui keperluan berhutang dalam menjalani kehidupan. Pelbagai jenis hutang disekeliling kita. Kad kredit, debit, pinjaman peribadi, ansuran jual beli dan sewaan.
Pada awalnya, pemberian ansuran pinjaman adalah bertujuan untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana. Membantu menyelesaikan masalah dalam keperluan hidup seperti pembiayaan perubatan, kecemasan kemalangan, pembelian rumah dan hartanah serta untuk pendidikan.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Lama kelamaan, tujuan asal itu mulai menyimpang. Sekarang ini, pemberian kredit ansuran pinjaman digunakan pula untuk membeli barang-barang yang tidak sebenar-benarnya kita perlukan. Barang-barang yang jika ianya tiada tidak langsung menjejaskan kehidupan tambahan pula dengan cara mendapatkan barang itu melalui ansuran bulanan. Bayaran ansuran telah menjadi satu cara hidup yang semakin mencengkam peribadi masyarakat, menjerumuskan mereka ke jurang berhutang.

Adakah kita turut terperangkap ke dalam jurang berhutang ini? Ini adalah tanda-tanda bahawa kita juga ikut terjebak dalam perangkap kredit ansuran pinjaman:

  • Wang simpanan kita semakin kecil jumlahnya malahan kita tidak lagi mempunyai wang simpanan atau tabungan.
  • Membayar jumlah paling minima kepada bayaran bulanan kad kredit
  • Menghabiskan sebahagian besar pendapatan kita hanya untuk membayar hutang dan ansuran bulanan pembiayaan.
  • Gali lubang dan tutup lubang, sentiasa mencari peluang pinjaman hanya untuk menutup hutang yang sebelumnya.
Jika kita mempunyai ciri-ciri di atas, ketahuilah bahawa kita telah pun menjadi hamba hutang dan terjerumus ke dalam jurang keberhutangan yang aktif. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan kita dari jurang marabahaya itu.

Paling penting, kita hendaklah mula berdisiplin dalam pengurusan kewangan. Kita boleh ikuti panduan-panduan berikut dalam usaha mengeluarkan diri dari jurang berhutang yang diperkatakan tadi. Semoga sesiapa yang merasakan bahawa mereka mungkin atau telahpun menjadi hamba hutang, dapat mengubah diri dan mendapat kemerdekaan daripada bebanan hutang yang menjerut leher.

1. Atur Kepentingan Pembayaran

Apabila kita mempunyai banyak cabang pinjaman dan berhutang, kita boleh mula senaraikan data-data keberhutangan kita. Susunkan pinjaman yang paling utama dan perlu kita jelaskan bayarannya setiap bulan tanpa gagal. Susunkan hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi seperti kad kredit dan pinjaman peribadi di tempat teratas dalam senarai. Ditangga kedua, kita letakkan pinjaman pendidikan dan pinjaman perumahan dimana kedua-dua pinjaman ini boleh dilunaskan secara berperingkat. Kita boleh membuat pinjaman peribadi yang mengenakan kadar faedah yang rendah dalam usaha menyelesaikan pinjaman biaya tinggi kita tadi. Pinjaman peribadi lebih wajar diambil memandangkan kadar faedah rendah dan tetap.

2. Kurangkan Pembelian Tidak Penting

Kita patut mula berjimat dan berfikir dengan matang sewaktu ingin membeli sesuatu. Kurangkan pengeluaran pembiayaan yang tidak perlu agar kita mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar ansuran bulanan terutama pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi dengan tepat setiap tiba tempoh masa. Bukanlah menjadi satu masalah jika kita hidup berjimat cermat asalkan kita tidak terbeban dengan belitan hutang.

3. Pinjam Dengan Keperluan

Dalam urusan untuk membuat pinjaman, haruslah kita membuat perancangan yang paling bijak. Mohonlah pinjaman seandainya kita benar-benar memerlukan seperti untuk pembelian rumah, meningkatkan aset milikan, atau untuk faktor kecemasan yang tidak dapat kita hindarkan.
Jangan meminjam hanya untuk pembiayaan hidup mewah, membeli perhiasan yang tidak standing dengan pendapatan kita atau hanya untuk melancong dan bersuka-suka. Jika kita berkeinginan untuk melancong, simpan sedikit demi sedikit. Buat satu “target date” dan disiplin dalam menabung.

4. Ketahui Dengan Jelas Kemampuan Kita

Mengambil pinjaman itu mudah tetapi melunaskan pinjaman itu yang payah. Jangan membuat pinjaman sehingga tahap maksima pendapatan bersih kita. Sangat penting untuk kita menyemak kapasiti pembayaran sebelum kita mengambil keputusan untuk membuat apa-apa pinjaman, tidak kira pinjaman wang atau pembelian secara bayaran ansuran barang-barang keperluan.
Kesilapan yang selalu terjadi ialah, ramai dari kita yang berani mengambil pinjaman dalam jumlah yang besar kerana mengharapkan ada potensi pendapatan yang bakal kita dapat di waktu akan datang seperti ada imbalan bonus akhir tahun, kenaikan gaji tahunan atau menerima imbuhan daripada majikan.
Tolong hentikan berfikiran begitu kerana kita tidak akan tahu apa yang terjadi pada masa hadapan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin akan berlaku bayaran bonus yang dikurangkan, pengurangan kerja lebih masa di sektor-sektor tertentu atau pemberhentian pekerja sebagai satu langkah menangani krisis yang dialami oleh majikan.

5. Gunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Kad kredit adalah perangkap keberhutangan yang paling besar dalam kehidupan manusia zaman kini. Seandainya tidak digunakan dengan bijak, sekeping kad itu mampu menyeret kita kepada kehidupan yang sangat menjerut dan terjunam dalam lubang keberhutangan yang dalam. Sistem kad kredit ini selalunya kita salah ertikan sebagai satu cara memudahkan kehidupan seharian.
Kebanyak kita sekarang tidak membawa wang tunai yang banyak terutamanya dalam urusan pengisian bahan bakar kenderaan. Begitu juga sewaktu kita melancong ke luar negara, kad kreditlah yang menjadi ganti wang tunai. Mudah dan tidak membuatkan kita susah dalam urusan penukaran matawang asing. Kita sering beranggapan bahawa, bayaran bagi penggunaan kad kredit boleh kita lakukan pada bulan hadapannya.
Kita tangguhkan bayaran bulanan kad kredit atas dasar ada benda lain yang lebih penting. Kita bayar seminoma yang dibenarkan. Inilah getah perangkapnya. Kadar faedah yang tinggi dan akan terus bertimbun dan bayaran bulanan akan menjadi semakin bertambah. Bukan tidak boleh menggunakan kad kredit tetapi disiplin yang tinggi sangat diperlukan dalam urusan bayaran bil bulanan.

6. Simpanan Kecemasan

Kita haruslah mempunyai satu tabung simpanan khusus untuk kecemasan. Simpanan ini mestilah dalam jumlah yang jika boleh, 5 kali ganda daripada jumlah pendapatan kita. Tabungan ini tidak boleh digunakan kecuali dalam situasi yang benar-benar mendesak seperti kemalangan, bencana alam, biaya pendidikan tinggi dan untuk perubatan.

7. Jangan Bergantung Kepada Orang Lain

Adalah lebih baik dan sangat dianjurkan untuk kita hidup berdikari terutamanya dalam perkara yang melibatkan kewangan. Jangan suka mengharapkan pada bantuan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan. Berusahalah dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa melibatkan orang lain.
Berfikir dengan matang sebelum kita ingin meminta bantuan pinjaman kewangan dengan kaum keluarga atau kawan. Perlu atau tidak. Sekali kita meminta, kita dapat, dan ini akan membuatkan kita terus bergantung dengan bantuan daripada mereka.

8. Bayar Lebih Daripada Sepatutnya

Sewaktu membuat bayaran pinjaman, kita boleh cuba membayar lebih daripada yang sebenarnya. Terutamanya jika pinjaman itu dibayar melalui bayaran tunai. Contohnya bayaran bulanan kad kredit, kita bayar lebih daripada jumlah yang sepatutnya. Tidak menjadi kesalahan malahan dapat membantu kita pada masa hadapan dengan nama yang bersih dalam rekod bayaran.
Begitu juga jika kita membeli barang secara bayaran ansuran bulanan, jika pada bulan ini kita mempunyai lebihan, bayar lebih ansuran tersebut. Kita dapat mengurangkan tempoh bayar balik dan dapat menyelesaikan ansuran pinjaman tersebut dengan cepat dari tempohnya.

9. Jangan Bertangguh

Apabila kita terlewat membuat bayaran pinjaman, ianya akan berakhir dengan pembiayaan tambahan yang sebenarnya boleh kita elakkan. Antara langkah terbaik yang boleh kita ambil ialah membuat pembayaran secara auto-debit dari bank kita. Tetapkan tarikh yang disepakati dengan pemberi pinjaman.
Selain itu, kita boleh membuat bayaran awal sewaktu mengambil pinjaman. Setelah urusan pinjaman dilakukan, simpan sedikit dan segera buatkan urusan bayaran walaupun belum tiba tarikh sebenar. Kita aka nada satu bulan awal dan ini boleh membantu kita jika ada tarikh bayaran yang kita tidak dapat membuat bayaran bulanan.

Akhirkata

Atur rancangan bayaran semula hutang kita dengan penuh berhemah dan bijak. Jangan berhutang hanya untuk membakar wang anda sendiri. Jangan terjebak dengan tipu daya iklan yang akan menarik kita ke jurang hutang yang hanya akan menjerut leher kita sendiri.
Gunakan fasiliti hutang itu untuk jangka waktu yang panjang seperti pemilikan rumah dan biaya pendidikan.  Laksanakanlah bayaran hutang untuk mencapai arah tujuan hidup dan cuba keluar dari perangkap hutang yang sepatutnya tidak kita lakukan. Hutang yang menjerut hanyalah hutang yang boleh kita hindari. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu yang bersangkutan dengan hutang.