Thursday, March 7, 2019

PINJAMAN BERCAGAR DAN TANPA CAGARAN SYARIKAT PEMBERI PINJAMAN

Jenis Pinjaman

Bercagar and tidak bercagar

Kemudahan pinjaman yang selalunya ada ialah dalam bentuk pinjaman wang. Apabila termeterinya perjanjian atas persetujuan kedua belah pihak dalam urusan ini, peminjam harus membayar balik dalam tempoh yang ditetapkan dan dengan jumlah bayaran yang tetap berserta kadar faedah tertentu.


Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh beberapa institusi kewangan berlesen yang menjadi tumpuan peminjam dimasa ini.


I) Pinjaman Bercagar:

a) Pinjaman bercagar nilai kecil

Peminjam meminjam dengan satu cagaran aset milik peminjam. Dewasa ini terdapat pemberi pinjaman jumlah kecil yang memberikan jumlah pinjaman senilai dengan aset yang dicagarkan. Dapat kita lihat ada syarikat pemberi pinjaman yang menerima telefon pintar, komputer riba dan barang kemas sebagai cagaran dalam membuat pinjaman.

Selalunya jumlah wang pinjaman yang diberi tidak melebihi separuh daripada nilai harga sebenar harga semasa aset cagaran tersebut. Dalam urusan pinjaman ini, dokumen yang diperlukan adalah sangat minima. Peminjam hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan sahaja dan aset yang hendak dicagarkan. Proses pinjaman hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Ini menjadi pilihan utama kepada peminjam yang memerlukan jumlah pinjaman yang kecil dan dalam waktu yang cepat.

Memandangkan terdapat kes dimana peminjam menggunakan aset yang bukan hak miliknya, ada syarikat yang mengenakan syarat iaitu pemberi pinjaman akan mengambil gambar peminjam dan melampirkan bersama kad pinjaman. Ini sebagai satu langkah untuk mengesan peminjam yang mungkin telah melakukan kesalahan mencuri.


Kaedah pembayaran pula terbahagi kepada dua cara dan termaktub dalam perjanjian dimana:
1. dalam tempoh tertentu iaitu peminjam dikehendaki membayar bunga atau faedah setiap bulan dengan kadar 10% daripada jumlah pinjaman. Seandainya peminjam mempunyai jumlah wang yang cukup untuk menebus semula aset cagaran, peminjam boleh melakukannya dengan membayar jumlah pokok pinjaman berserta kadar faedah untuk sebulan itu. Seandainya pula peminjam gagal melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, aset tersebut akan menjadi hak milik syarikat pemberi pinjaman. Kaedah ini menetapkan peminjam hanya membayar bunga atau faedah sahaja setiap bulan sehingga peminjam dapat melunaskan keseluruhan pinjaman.
2. Dalam kaedah pembayaran kedua, peminjam membayar bunga atau faedah berserta sedikit bayaran pokok untuk mengecilkan jumlah pokok pinjaman. Contohnya, peminjam mencagarkan satu aset, mendapat pinjaman dengan jumlah RM1,000. Setiap hujung bulan, peminjam membayar faedah berjumlah RM100 berserta tambahan RM200. Jadi, jumlah pokok pinjaman akan menjadi RM800. Apabila tiba tempoh bayaran seterusnya, peminjam perlu membayar hanya RM80 sahaja berserta tambahan RM200. Begitulah sehingga tempoh akhir pinjaman dimana peminjam perlu menyelesaikan baki akhir pinjaman berjumlah RM200 berserta RM20 sebagai bunga atau faedah.

b) Pinjaman bercagar nilai besar

Peminjam akan mencagarkan aset seperti rumah dan kenderaan. Pinjaman begini memerlukan dokumen-dokumen yang lebih teliti. Peminjam hanya boleh mencagarkan aset yang sepenuhnya miliknya sendiri. Rumah atau kenderaan yang ingin dicagarkan perlulah mempunyai geran pemilikan yang asli.

Ada syarikat pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman dengan mencagarkan kenderaan. Manakala pinjaman bercagarkan rumah atau tanah selalunya diuruskan oleh pihak bank sahaja kerana jumlah pinjaman adalah besar. Konsep pinjaman ini digunakan sekiranya peminjam mempunyai risiko yang tinggi atau rekod kredit pendapatan yang lemah.

Bagi pinjaman yang mencagarkan kenderaan, pemberi pinjaman sangat berhati-hati dalam urusan dan proses pinjaman. Peminjam juga perlu menguruskan sendiri surat sumpah yang diperakui sah, salinan penyata bank gaji, salinan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan pelbagai lagi salinan dokumen. Selalunya urusan pinjaman dengan mencagarkan kenderaan ini akan mengambil masa yang sedikit lama. Kenderaan juga mestilah mempunyai cukai jalan dan insuran yang masih hidup. Kenderaan itu juga mestilah dalam kondisi yang baik.

II) Pinjaman Tanpa Cagaran

Pinjaman tanpa cagaran tidak memerlukan peminjam mencagarkan aset. Syarikat pemberi pinjaman hanya memerlukan beberapa dokumen yang asli dan pihak syarikat itu juga akan membuat salinan sendiri. Peminjam yang layak memohon hanyalah yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan salinan pendapatan mestilah mempunyai kepala surat majikan.

Ada syarikat pemberi pinjaman begini yang akan menghubungi majikan peminjam dan menyamar sebagai pihak bank atau pihak insuran hanya untuk menyemak keberadaan perkhidmatan peminjam tersebut di tempat bertugas seperti yang dinyatakan di dalam dokumen permohonan dan perjanjian.

Syarikat pinjaman juga akan mengambil gambar peminjam untuk simpanan rujukan seandainya peminjam ingkar dalam perjanjian.

Tempoh bayaran juga lebih singkat berbanding institusi perbankan. Tempoh maksima adalah 60 bulan (5 tahun) atau yang lebih kurang dari itu. Tempoh minima bayaran ialah 6 bulan.

Kaedah pembayaran juga ada dua cara:
1. Kaedah bayaran tetap bulanan dan bunga. Peminjam membayar semula bayaran dalam tempoh yang ditetapkan berserta kadar faedah yang tetap. Contohnya: Peminjam membuat pinjaman sebanyak RM4,000. Jumlah pinjaman akan ditolak wang proses sebanyak RM250. Jumlah bersih yang akan dapat ditangan peminjam ialah RM3,750. Tempoh bayaran ialah 10 bulan dan bayaran ialah melalui debit daripada kad ATM yang dipegang oleh pihak syarikat pemberi pinjaman. Jika ada lebihan daripada gaji di dalam akaun peminjam itu, pihak syarikat akan memindahkan baki gaji tersebut ke dalam akaun bank peminjam yang lain dimana sebelum urusan pinjaman dilakukan, peminjam dikehendaki memberikan satu lagi nombor akaun bank yang bukan bank gaji. Peminjam harus membayar RM785 sebulan. Setelah selesai bayaran, pihak syarikat pemberi pinjaman akan memulangkan semula kad ATM peminjam dan urusan pinjaman akan dikira selesai. Jika peminjam ingin meneruskan urusan pinjaman, pihak syarikat sangat mengalu-alukannya dan peminjam hanya perlu memberikan salinan gaji yang terbaharu dan penyata bank sahaja.
2. Kaedah bayaran bunga tanpa pengurangan pinjaman pokok. Dalam kaedah pembayaran kedua, tiada tempoh yang ditetapkan. Peminjam hanya perlu membayar kadar faedah bulanan sahaja. Jika peminjam mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menyeleaikan pinjaman, peminjam hanya perlu membayar jumlah pinjaman berserta kadar faedah bulanan bagi bulan itu sahaja. Namun, risiko yang akan ditanggung ialah, peminjam akan terus membayar kadar faedah bulan demi bulan sedangkan pinjaman pokok tetap tidak berkurang. Contohnya: Peminjam meminjam RM4,000. Syarikat akan mengenakan bayaran urusan proses sebanyak RM250 berserta RM400 bayaran faedah pertama. Jumlah bersih yang akan peminjam dapat ialah RM3,350. Kadar faedah atau bunga yang dikenakan ialah RM400 sebulan. Seandainya peminjam itu berkemampuan untuk melunaskan pinjaman dalam tempoh sebulan, peminjam hanya perlu membayar RM4400 dan urusan pinjaman akan selesai. Jika peminjam gagal melunaskan bayaran, peminjam perlu membayar RM400 itu setiap bulan selagi bayaran pokok pinjaman tidak diselesaikan. Maka jumlah pinjaman yang perlu dibayar akan menjadi berlipat kali ganda.


Berdasarkan dua cara kaedah bayaran di atas kebanyak pemohon akan memilih kaedah pertama namun terdapat juga yang memilih kaedah kedua kerana mereka yakin akan dapat melunaskan pinjaman dalam jangka waktu yang singkat dan ini juga yang selalu menjadi jerat kepada peminjam. Pembayaran hutang akan menjadi satu bebanan yang tidak berkesudahan.