Wednesday, March 6, 2019

OVERLAP / PENYATUAN HUTANG

Penyatuan Hutang, Penyelamat atau Beban
Overlap Pinjaman Hutang

Melayari hidup dalam belitan hutang sangat merungsingkan. Jika jumlah hutang melebihi batas pendapatan akan membuatkan anda sentiasa terbeban.
Seandainya anda terjebak dalam kemelut hutang yang besar ini, pelbagai cara akan anda lakukan dalam usaha menstabilkan semula ekonomi anda.
Membayar hutang secara ansuran atau anda cuba menanmbahkan masa dan tempoh bayaran dimana kadar bayaran akan menjadi semakin kecil. Namun bagaimana jika hutang yang bertimbun itu bermula daripada pinjaman-pinjaman kecil daripada institusi pemberi pinjaman seperti bank atau koperasi?

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Pinjaman daripada pihak bank dan koperasi yang telah anda buat boleh membuatkan anda serabut dalam menanganinya. Kadar faedah yang dikenakan oleh semua pemberi pinjaman ini akan berterusan sehingga anda selesai melunaskan pinjaman.

Dewasa ini bebanan hutang menjadi salah satu punca utama penyakit kemurungan dikalangan rakyat Malaysia yang terjebak didalamnya. Sudah banyak berita-berita berkaitan masalah kemurungan, bunuh dan dibunuh hanya kerana bebanan hutang yang besar. Antara langkah-langkah yang boleh diambil dalam membendung masalah bebanan hutang yang keliling pinggang ini ialah menyatukan hutang.

Kelebihan dalam usaha penyatuan adalah kita akan dapati bayaran bulanan yang dikeluarkan untuk membayar semua hutang menjadi lebih kecil. Jumlah bayaran yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban pengeluaran bayaran berbanding sebelum membuat penyatuan hutang. Lebihan pendapatan setelah pembayaran hutang yang hanya disatu tempat dapat melegakan kesempitan hidup.

Menyatukan bayaran hutang dalam satu kaedah pinjaman yang khusus adalah satu pilihan yang tepat seandainya anda melakukannya setelah diambil kira dari aspek bayaran bulanan, tempoh bayaran dan tidak mengurangkan aset sedia ada.

Walaupun begitu, harus kita sedari bahawa penyatuan hutang ini bukanlah menghilangkan hutang sedia ada yang telah anda buat tetapi ianya hanya satu langkah mengecilkan bayaran balik hutang sahaja. Setelah penyatuan hutang dilakukan, beberapa langkah untuk menjamin kredibiliti kewangan anda haruslah dititikberatkan.

Tabiat anda dalam berbelanja akan menjadi titik tolak samada langkah penyatuan hutang ini berjaya mengubah dalam usaha menstabilkan ekonomi anda atau ianya semakin membebankan anda. Dengan penyatuan hutang, anda akan hanya mempunyai satu hutang yang besar tetapi telah terbebas dari belitan dan cengkaman hutang-hutang kecil yang sangat merimaskan. Andai bijak anda menguruskan hutang besar yang satu itu, anda akan dengan mudah dapat menguruskan pelbagai keperluan yang selama ini terabai.
Sebelum anda mengambil keputusan untuk membuat penyatuan hutang, sila fikirkan beberapa perkara dengan bijak dan teliti. Pilih penyatuan hutang yang menawarkan pinjaman yang benar-benar menutup kesemua hutang piutang kecil yang lain dan bukan hanya sesetengah hutang sahaja. Pinjaman besar yang akan anda pohon itu hendaklah mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dimana ia akan dapat menjamin kos keseluruhan hutang juga akan menjadi lebih rendah. Pelbagai masalah yang berkaitan dengan bil bayaran,  jumlah bayaran dan tarikh akhir (due date) pembayaran hutang yang lain tidak lagi perlu anda bimbangkan hanya hutang tunggal ini sahaja yang perlu anda tangani.

Kebaikkan penyatuan hutang:
§ Tidak lagi dibebani masalah hutang-hutang kecil.
§ Tidak perlu risau dengan jumlah bayaran banyak cabang.
§ Tidak perlu risau dikejar dengan due-date bayaran.

Kekurangan penyatuan hutang:
Seandainya anda membuat satu pinjaman besar dengan mencagarkan aset anda, terutamanya kediaman atau tanah, risiko yang besar sedang menanti anda terutamanya jika ada tersilap percaturan dalam urusan bayaran dan pengurusan kewangan. Risiko untuk anda kehilangan tempat tinggal adalah tidak mustahil akan terjadi.
Anda mengambil keputusan untuk memanjangkan tempoh masa pembayaran balik pinjaman. Benar ia dapat menurunkan kadar bayaran semula pinjaman tetapi ia juga boleh meningkatkan pembiayaan yang akan anda bayar jika dikira kos sebenarnya.
Terdapat beberapa jenis pinjaman yang boleh anda lakukan untuk membuat pinjaman penyatuan hutang.

i) Pemindahan baki kredit dimana anda akan memindahkan jumlah hutang kesemua kad kredit yang anda guna ke dalam hanya satu kad kredit utama. Anda memerlukan satu kad kredit dengan jumlah kelayakan yang besar dalam menampung kesemua kad kredit kecil yang lain.

ii) Pinjaman cagaran kediaman dimana anda meminjam dalam satu jumlah yang secukupnya untuk membayar kesemua hutang kecil yang ada dan pinjaman ini hanya menggunakan kediaman berserta geran sebagai cagaran. Selalunya tiada penjamin diperlukan dalam pinjaman begini.

Jika anda ingin mengambil cara dan kaedah ini, seboleh-bolehnya anda mempunyai pendapatan yang stabil dan memastikan bayaran balik pinjaman dapat diselesaikan dalam tempoh perjanjian pinjaman. Sering kita melihat iklan lelongan rumah oleh pihak bank dimana peminjam tidak mampu membiayai gadaian rumah. Ini bukanlah pilihan terbaik dalam usaha anda untuk membuat pinjaman bagi penyatuan hutang.

iii) Pinjaman peribadi yang cukup untuk menampung keseluruhan kos pinjaman sebelum ini. Pilihlah pihak institusi kewangan yang boleh menguruskan kesemua urusan penyelesaian pinjaman sedia ada. Cara ni hanya memerlukan anda mendapatkan penyata penyelesaian daripada tempat anda berhutang sebelumnya.
Selalunya dengan penyelesaian awal begini, anda akan diberi rebat tunai dan jumlah penyelesaian pinjaman akan menjadi lebih kecil. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat lebihan daripada jumlah penyelesaian pinjaman awal itu.
Namun begitu pinjaman peribadi sangat bergantung kepada kelayakan, kredit pinjaman yang bersih dan tidak disenarai hitamkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya jika anda sering kali gagal dalam membayar pinjaman mengikut tarikh yang dijanjikan.
Pilihlah bank atau koperasi yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding jumlah kadar faedah keseluruhan pinjaman sedia ada itu.


Perlu anda ingatkan, membuat pinjaman penyatuan hutang bukanlah satu cara atau kaedah melenyapkan hutang anda. Ia hanya menyatukan kesemua hutang kecil anda ke dalam satu pinggan berbentuk pinjaman besar dimana anda akan membayar pinjaman di satu tempat sahaja.

Perlu juga anda ingati dan disiplinkan diri, jangan mudah cuba membuat pinjaman yang lain pula sementelah anda telah tahu bahawa kini anda hanya ada satu hutang sahaja. Anda mungkin mudah terpengaruh untuk membuat hutang kecil yang lain memandangkan anda kini mempunyai lebihan pendapatan yang lebih stabil. Pastikan anda melalui gaya perbelanjaan kewangan yang bijak.

Ketahui berapakah jumlah bayaran pinjaman keseluruhan hutang kecil anda, tempoh akhir penyelesaian setiap pinjaman anda dan kirakan dengan tepat adakah jumlah bayaran pinjaman penyatuan hutang itu benar-benar berbaloi dan membantu anda dalam tempoh yang sama.

Seandainya jumlah pinjaman bagi penyatuan hutang itu mengambil masa yang lebih lama walaupun jumlah bayaran yang lebih kecil daripada keseluruhan jumlah bayaran hutang sedia ada, adakah ianya memberi kesan yang lebih baik dalam ekonomi anda di masa hadapan.Semak dan kajilah semua kesimpulan dan kemungkinan dalam jangka panjang dari beberapa faktor iaitu kemudahan pinjaman dan pembayaran, fleksibiliti pembayaran pinjaman dan juga kesannya.

Kewangan yang stabil mempunyai hubungan antara pendapatan dan aset milik anda. Semua itu semestinya selaras dengan hala tuju kehidupan yang anda atur. Jangan hidup dengan perbelanjaan yang bukan menjadi keperluan utama. Rancang dengan bijak kewangan anda, hutang anda dan penyaluran pendapatan anda. Adalah sangat penting untuk anda mengseimbangkan aspek kewangan anda dengan pengeluaran perbelanjaan.

Seandainya penyatuan hutang ini diyakinkan dapat mengubah kadar kestabilan ekonomi, anda boleh melakukannya dengan bimbingan pihak-pihak tertentu yang senantiasa bersedia untuk membantu anda. Namun begitu awasi langkah anda, jangan terjebak ke jurang hutang yang lebih dalam.