Wednesday, March 6, 2019

PERSEDIAAN BUAT LOAN

Persediaan Awal Sebelum Memohon Pinjaman Peribadi
Persediaan buat pinjaman

Kelebihan yang dimiliki oleh sesiapa sahaja yang bekerja dan mempunyai penyata gaji, terutamanya yang bekerja sebagai penjawat awam ialah kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi. Boleh dikatakan hampir separuh daripada penjawat awam yang mula bekerja berkeinginan untuk membuat pinjaman.

Laman Web: Top Loan Review
Whatsapp: Semak Kelayakan

Berbagai jenis tuntutan kepentingan hidup hanya dapat dipenuhi dan dimiliki hanya dengan membuat pinjaman peribadi. Sekurang-kurangnya sekali, mereka akan membuat pinjaman peribadi. Perkara ini juga merangkumi pekerja swasta atau pun yang bekerja sendiri. Bagi pekerja swasta, salinan penyata pendapatan boleh digunakan pada beberapa institusi perbankan dan koperasi, begitu juga dengan yang bekerja sendiri dimana salinan penyata keluar masuk wang di bank boleh digunakan dalam urusan permohonan pinjaman peribadi.

Bank, koperasi pinjaman, malahan pemberi pinjaman seperti berlumba-lumba dalam menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan dalam usaha menarik pelanggan untuk berurusan dalam pinjaman. Tawaran pelbagai jenis pinjaman berserta hadiah-hadiah menarik turut disediakan.

Sebelum membuat apa-apa urusan pinjaman, kita boleh menyenaraikan beberapa perkara sebagai rujukan dan semakan.

PERTAMA: Untuk apakah pinjaman itu
Kita hendaklah menentukan sama ada pinjaman itu benar-benar perlu kita buat. Apakah dengan membuat pinjaman tersebut, apa yang kita rancangkan akan tercapai dengan jayanya. Kita sememangnya digalakkan menyimpan dari awal atau dalam erti kata lain, menabung tetapi dalam situasi tertentu, untuk memenuhi keperluan hidup yang diluar jangkaan, hanya dengan membuat pinjaman peribadi sahaja keperluan itu dapat kita penuhi. Dalam masa kita ingin membuat urusan pinjaman ini, pastikan juga apakah alasan kukuh yang membuatkan kita harus dan mesti membuat pinjaman. Walaupun kita yakin, kita mampu membuat bayaran balik bagi pinjaman itu, tidak perlu kita teruskan urusan jika pinjaman itu dibuat hanya untuk perkara-perkara remeh dan hanya untuk suka-suka.
Antara sebab dan alasan rakyat Malaysa membuat pinjaman peribadi adalah untuk:
Duit muka pembelian rumah
Ubah suai kediaman
Berkahwin
Modal perniagaan
Sara hidup pembelajaran anak
Kenderaan
Seandainya kita yakin salah satu sebab di atas adalah penyebab utama pinjaman peribadi itu perlu dilakukan, kita semak pula langkah kedua.

KEDUA: Jumlah keperluan
Sebelum memulakan urusan dengan mana-mana institusi perbankan atau institusi kewangan, fikir dan kaji dengan mendalam, berapakah jumlah pinjaman yang kita perlukan. Seboleh-bolehnya kita hendaklah meminimakan jumlah yang akan kita pohon. Dalam langkah ini, institusi kewangan yang mana jangan kita fikirkan dahulu, Jangan terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang menawarkan jumlah pinjaman yang besar terutama jika keperluan kita adalah untuk perkahwinan atau modal perniagaan. Seandainya keperluan kewangan yang kita perlukan adalah RM30,000, dan ditawarkan pinjaman sehingga 70 ribu, jangan kita gelap mata. Kita juga boleh cuba kurangkan kos perbelanjaan majlis perkahwinan itu dengan membuang beberapa perbincangan awal sebelum ini contohnya perbelanjaan dari segi persandingan, urusan gambar, atau boleh juga kurangkan atau kecilkan perbelanjaan dari segi cenderahati tetamu.
Seandainya pinjaman yang akan kita mohon adalah untuk modal perniagaan. Adalah lebih baik jika kita mulakan perniagaan yang kecil dahulu. Kaji dengan teliti apakah jenis perniagaan yang benar-benar kita yakini kebolehan kita dalam usaha untuk mengendalikannya.
Ada orang yang tidak suka membuat pinjaman kenderaan secara langsung dengan pihak bank bagi pinjaman kenderaan. Ada yang lebih selesa membuat pinjaman tunai peribadi dan membeli kenderaan secara tunai terutamanya kenderaan terpakai. Fikirkan semasak-masaknya sebelum membuat pembelian. Jika kita membuat pinjaman dengan jumlah 30 ribu, perlukah kita beli kenderaan dengan harga 30 ribu juga sedangkan ada kenderaan yang lebih murah walaupun tidak kelihatan hebat dijalanraya. Beli kenderaan yang jimat penggunaan bahan api, selamat dan bebas kemalangan. Bawa rakan yang arif dalam urusan enjin kenderaan sebelum membuat pembelian. Simpan lebihan pinjaman untuk digunakan dalam urusan penyelenggaraan kenderaan.

KETIGA: Jumlah bayaran bulanan
Dalam membuat perkiraan untuk pinjaman ini, selain memikirkan tentang jumlah pinjaman, faktor bayaran bulanan juga perlu diambil kira. Seboleh-bolehnya, fikir dan buatlah timbang tara dalam semua hal. Waktu ini, kita sudah mulai boleh memikirkan bank atau institusi kewangan yang manakah yang menawarkan jumlah bayaran semula yang lebih efektif. Kiraan yang bijak dan pengetahuan yang luas berkaitan kadar faedah bayaran balik pinjaman dapat menjamin kestabilan ekonomi kita dalam jangka masa kita sedang berhutang.
Tidaklah menjadi satu kesulitan andainya kita menyemak perbezaan bayaran bulanan antara beberapa institusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi. Simpan dan kumpul jadual-jadual bayar balik pinjaman antara beberapa bank atau koperasi itu. Buat sedikit “kerja rumah” atau homework. Buat perbandingan bank atau koperasi yang menawarkan bayaran balik pinjaman terendah, dengan jumlah pinjaman yang dikehendaki dan kadar faedah yang tidak terapung.

KEEMPAT: Tempoh penyelesaian pinjaman
Jangan ambil tempoh yang terlalu lama untuk membuat bayaran balik pinjaman. Fikirlah jumlah bayaran dan tempoh bayaran yang tidak membebankan. Jika kita telah dapat mengurangkan jumlah kos yang akan kita perlukan dalam kiraan jumlah pinjaman tadi, kita juga boleh mengurangkan pula jumlah bayaran. Lebih kecil jumlah pinjaman, lebih kecil dan kurang pula jumlah bayaran bulanan.
Seterusnya langkah yang perlu diikuti ialah kirakan tempoh bayaran balik yang paling minima dan mampu. Seandainya kita mampu menyelesaikan pinjaman dalam tempoh yang tidak terlalu lama, dan tidak menjejaskan kestabilan pendapatan bulanan, mengapa perlu kita pilih tempoh yang panjang walaupun jumlah bayaran bulanan menjadi lebih kecil.

KELIMA: Komitmen selepas berlaku urusan pinjaman
Setiap pinjaman peribadi yang kita buat, akan menjadi satu komitmen jangka panjang. Seandainya pinjaman itu tidak diurus selenggara dengan bijak, ia akan menjadi satu beban yang akan mengambil separuh dari keperluan hidup. Kesusahan yang akan ditanggung untuk membayar balik pinjaman jika diambil dalam tempoh bayar semula yang panjang akan membuatkan kita berasa perit sedangkan duit pinjaman itu telah lama dihabiskan dan kemungkinan besar tidak menampakkan hasil yang baik.
Komitmen setelah pinjaman diambil harus diambil kira dari beberapa sudut. Adakah kita dapat meneruskan perbelanjaan seharian tanpa menjejaskan belanja hidup, adakah dengan pinjaman yang telah dibuat itu akan dapat menambahkan pendapatan sedia ada jika ianya adalah pinjaman untuk peniagaan dan adakah pinjaman peribadi yang kita buat itu benar-benar berbaloi.

KESIMPULANNYA, adalah penting untuk kita mengambil beberapa langkah keselamatan sebelum membuat pinjaman peribadi. Sikap berhati-hati sebelum membuat apa-apa pinjaman dan bijak dalam merancang pengurusan kewangan akan menjamin keutuhan ekonomi seseorang.
Paling penting untuk diingatkan ialah, membuat pinjaman semaksima yang dibenarkan adalah satu kesilapan yang besar jika urusan pinjaman peribadi itu disebabkan oleh lima perkara yang disebutkan sebelum ini. Ada sesetengah orang berpendapat, lebih mudah membuat pinjaman peribadi dalam jumlah terbesar dan terbanyak yang dilayakkan oleh pihak pemberi pinjaman kerana bagi mereka ia lebih mudah memandangkan urusan pinjaman peribadi ini bukanlah mudah.
Kita perlu ingat, pinjaman yang dilakukan melebihi keperluan hanya akan membawa kemudaratan yang berpanjangan dikemudian hari. Lebih baik kita berpegang kepada pepatah, “Ukur baju di badan sendiri”, Ikut kata hati, kita akan mati, jika ikut rasa, kita sendiri yang akan binasa.